

Apakah perkara-perkara tersebut?
Antara perkara yang membatalkan solat adalah seperti:
1.Berkata-kata dengan sengaja.
Berkata-kata dengan sengaja yang selain daripada al-quran,
zikir atau doa dua huruf dan ke atas walau tidak difahami, atau satu huruf yang
difahami maknanya.
2.Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat.
Membuat beberapa perbuatan yang pada urufnya (adatnya) tidak
disuruh melakukannya dalam solat.
3.Kedatangan hadas.
Sama ada hadas kecil atau hadas besar.
4.Najis yang tidak dapat dimaafkan.
Kedatangan najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan
dan pakaian.
Sekiranya jatuh najis yang kering pada pakaian dan boleh
dibuang pada masa itu juga, maka tidaklah batal solat.
Tetapi najis itu tidak boleh disentuh dengan tangan.
5.Terbuka aurat.
Terbuka aurat walaupun tidak dengan sengaja seperti ditiup
angin tetapi sekiranya boleh ditutup sekejap itu juga, maka tidaklah terbatal.
6.Membelakangkan kiblat dengan dadanya.
7.Mengubah niat
Umpamanya ia solat fardu zohor kemudian ditukar niatnya
kepada solat sunat zohor maka batal solatnya.
Tetapi kalau berniat sunat mutlak tidaklah batal.
8.Makan walaupun sedikit
Seperti menelan sebiji nasi di dalam mulutnya kecuali dia
terlupa.
9.Minum
Seperti menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya.
10.Mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat.
Seperti ketawa sehingga terkeluar suara yang mengandungi dua
huruf, begitu juga menangis.
11.Murtad iaitu keluar daripada agama Islam
Sumber rujukan:
DOA

terbaik!!
ReplyDeleteAlhamdulillah ...penulis saya dah fhm tentang perkara yang membatalkan solat ๐
ReplyDeletePerkongsian yg menarik... Sbb mungkin ramai yg kurang mengetahui ttg perkara ini....
ReplyDeletecantikkk
ReplyDelete