K U I Z
Monday, October 7, 2019
Sunday, September 22, 2019
TAK KENAL MAKA TAK CINTA๐
JOM KENALI SEJARAH PENSYARIATAN SOLAT
mengenali-diri.blogspot.com/2009/03/sejarah-solat.html
Thursday, September 19, 2019
SYARAT SAH SOLAT ? ๐ฌ SAPEEEE TAHUU ๐
Kata KUNCI bagi Syarat Sah Solat ๐๐
![]() |
"Ucaplah bismillah ( dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang) sebelum memulakan sesuatu perkara" " |
"Solat itu ibarat cahaya yang menyinari kehidupan manusia "
Ayuh kita selami dahulu syarat sah solat sebelum menunaikan solat
Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya.
W = Yakin masuk Waktu solat
S =Suci daripada hadas besar dan kecil
B =Anggota Badan, pakaian dan tempat bersih daripada najis
A =Menutup Aurat dengan sempurna
K =Menghadap kearah Kiblat
Sumber rujukan :
Al-Bigha, M. D. (2016). Fiqh Islam Mazhab Syafie .
Selangor : Al-Hidayah Publication.
SOLAT KETIKA SAKIT MACAM MANA ?
AYUH KITA PELAJARI CARA- CARA SOLAT KETIKA SAKIT ๐
RUJUKAN :https://htar.moh.gov.my/images/pdf/UHEI/panduan_ibadah_solat_pesakit2011.pdf
(VIDEO CARA SOLAT KETIKA SAKIT)
https://www.youtube.com/watch?v=-fVxb3fJIkk
https://www.youtube.com/watch?v=gx7FGHqiciA
RUJUKAN: https://shafiqolbu.wordpress.com/2013/03/10/solat-khauf/
VIDEO ๐
https://www.youtube.com/watch?v=CJfVy07KqEg (cara solat khauf)
Jom cuba Quiz untuk menguji kefahaman anda ๐
https://quizizz.com/admin/quiz/5d9b4a6c573a67001ac8e1f1/lovesolatquiz-
Wednesday, September 18, 2019
Tuesday, September 17, 2019
NAK TAHU TAK PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN SOLAT? TEKANLAH SAYA ๐


Apakah perkara-perkara tersebut?
Antara perkara yang membatalkan solat adalah seperti:
1.Berkata-kata dengan sengaja.
Berkata-kata dengan sengaja yang selain daripada al-quran,
zikir atau doa dua huruf dan ke atas walau tidak difahami, atau satu huruf yang
difahami maknanya.
2.Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat.
Membuat beberapa perbuatan yang pada urufnya (adatnya) tidak
disuruh melakukannya dalam solat.
3.Kedatangan hadas.
Sama ada hadas kecil atau hadas besar.
4.Najis yang tidak dapat dimaafkan.
Kedatangan najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan
dan pakaian.
Sekiranya jatuh najis yang kering pada pakaian dan boleh
dibuang pada masa itu juga, maka tidaklah batal solat.
Tetapi najis itu tidak boleh disentuh dengan tangan.
5.Terbuka aurat.
Terbuka aurat walaupun tidak dengan sengaja seperti ditiup
angin tetapi sekiranya boleh ditutup sekejap itu juga, maka tidaklah terbatal.
6.Membelakangkan kiblat dengan dadanya.
7.Mengubah niat
Umpamanya ia solat fardu zohor kemudian ditukar niatnya
kepada solat sunat zohor maka batal solatnya.
Tetapi kalau berniat sunat mutlak tidaklah batal.
8.Makan walaupun sedikit
Seperti menelan sebiji nasi di dalam mulutnya kecuali dia
terlupa.
9.Minum
Seperti menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya.
10.Mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat.
Seperti ketawa sehingga terkeluar suara yang mengandungi dua
huruf, begitu juga menangis.
11.Murtad iaitu keluar daripada agama Islam
Sumber rujukan:
DOA

Sunday, September 15, 2019
RUKUN SOLAT
Sebelum mendirikan solat, terlebih dahulu kita hendaklah mengetahui
rukun-rukun solat. Rukun solat keseluruhannya terdapat
13. Sekiranya salah
satu rukun solat ini tidak dipenuhi, maka tidak sah solat yang kita dirikan. Rukun
dalam solat terbahagi kepada tiga bahagian iaitu rukun qalbi,
qauli dan fi’li.
Rukun Qalbi- hati๐
1. Niat
Rukun Qauli- perkataan๐
1. Takbiratul ihram
2. Membaca surah
al-Fatihah
3. Membaca tahiyat
akhir
4. Selawat ke atas
nabi dalam tahiyat akhir
5. Memberi salam
yang pertama
Rukun Fi’li- perbuatan✋
1. Berdiri betul
2. Rukuk serta tama’ninah*
3. Iktidal serta
tama’ninah
4. Sujud serta
tama’ninah
5. Duduk antara
dua sujud serta tama’ninah
6. Duduk tahiyat
akhir
7. Tertib
*tama’ninah
bermaksud diam sebentar ketika melakukan: rukuk, iktidal, sujud dan
duduk antara dua sujud.
K U I Z
maklumat tambahan
rujukan
https://akuislam.com/blog/ibadah/rukun-solat/
Subscribe to:
Posts (Atom)